Yang Amat Mulia Putera Dr. Bandar bin Salman bin Muhammad AlSaud, Pengerusi Majlis Universiti dan Mantan Penasihat kepada Almarhum Tuanku Raja Abdullah bin Abdul Aziz AlSaud telah meraikan dan merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU). Beliau juga melangsungkan penyerahan sijil dan anugerah kepada lepasan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD.
Maklumat lanjut mengenai program adalah seperti berikut:
Tarikh :Sabtu ,12 March 2016 (3 Jamadil Akhir 1437)
Tempat :Shah Alam Convension Centre (SACC), Jalan 14/2, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Masa :08 00 pagi hingga 2 00 petang
Turut mengiringi Yang Amat Mulia Putera Dr. Bandar bin Salman bin Muhammad AlSaud itu ialah :
- Dr. Abdul Bari Awwadh Al-Thobaiti
Imam Masjid Nabawi dan Ahli Majlis Universiti Antarabangsa Al-Madinah - Prof. Dr.Muhammad Khalifa Al-Tamimi
Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah - Prof. Dr. Ashraf Bin Dato’ Md. Hashim
Ahli Majlis Universiti Antarabangsa Al-Madinah - Prof Dato’ Syed Omar Syed Mohamad Alsagoff.
Ahli Majlis Universiti Antarabangsa Al-Madinah
Keseluruhan 250 pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah telah menerima sijil dan lebih 1,000 pelajar yang telah mengikuti pengajian secara online dari luar negara tidak dapat menyertai majlis keraian kerana berada di negara masing-masing.
MEDIU yang mula mengambil pelajar pada tahun 2008 sehingga kini telah berjaya menghasilkan graduan seramai 2,012 graduan dari pelbagai jurusan. Selain itu,Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang baru sahaja menginjak usianya ke tujuh tahun telah mencapai beberapa perkembangan yang memberangsangkan. MEDIU pada waktu ini telah mempunyai seramai lebih daripada 3000 orang pelajar dari 80 buah negara dan pada masa yang sama juga MEDIU telah menawarkan lebih daripada 51 kursus akademik, menubuhkan beberapa pusat khidmat pembelajaran serta mempunyai lebih daripada 250 orang kakitangan tetap dan sukarelawan antarabangsa di seluruh dunia yang sebahagian besarnya berpusat di kampus yang terletak di Shah Alam.