fbpx

Kategori: Berita dan Peristiwa

Kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia
Kiriman

Kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia

Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia, Hajjah Azzah Asad pada hari Selasa, 18 Februari 2020 bertujuan bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara MEDIU dan Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia, atau lebih dikenali dengan nama Mahabbah Malaysia.

Kunjungan ke Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Kiriman

Kunjungan ke Yayasan Islam Kelantan (YIK)

Delegasi Al-Madinah International University (MEDIU) telah berkunjung ke Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada hari Ahad, 23 Februari 2020. Delegasi MEDIU yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman, Ketua Eksekutif MEDIU telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) YIK, YBhg Tuan Hj Che Kamaruddin Kamel bin Che Muhammad dan pegawai-pegawai kanan YIK.

Hari Bahasa Arab Sedunia 2019
Kiriman

Hari Bahasa Arab Sedunia 2019

Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini menyambut Hari Bahasa Arab Sedunia pada hari Isnin, 12 Disember 2019 yang dianjurkan oleh The Arabic Language Club. Acara yang dihadiri oleh Dekan Fakulti Bahasa; Prof. Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed, Pengarah Pusat Pengajian & Bahasa Persediaan; Prof. Dr. Daud Quadir Elega, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar; Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Penasihat Kelab Bahasa Arab; Asst. Prof. Dr. Abduloh Usof, Ketua Jabatan Bahasa Arab; Asst. Prof. Dr. Koussoube Issa dan juga dihadiri oleh barisan pensyarah dan para pelajar dari Fakulti Bahasa serta Fakulti Ilmu Islam

Majlis Konvokesyen ke-3 Al-Madinah International University (MEDIU)
Kiriman

Majlis Konvokesyen ke-3 Al-Madinah International University (MEDIU)

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan Majlis Konvokesyen ke-3 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada hari Khamis, 14 November 2019. Majlis konvokesyen tersebut telah dirasmikan oleh oleh Putera Duli Yang Maha Mulia Dr. Bandar bin Salman bin Muhammad AlSaud, Pengerusi Universiti kehadiran ahli majlis universiti iaitu Prof. Dr. Nasher Alshiathry, Yang Mulia Prof Dr Mohammad Ali Al Oqla, Yang Mulia Dr. Yahya Ibrahim A. Al Yahya, Prof.Datuk Syed Mohammad Al-Saggaf dan Yang Mulia Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi.