Al-Madinah International University(MEDIU) baru-baru ini mengambil bahagian di dalam Forum Saintifik Antarabangsa ke-6 (ISF2020) pada 18-22 April 2020. Forum yang telah dikendalikan secara dalam talian di antara para penyelidik bidang bahasa Arab di Malaysia, Iraq dan Algeria yang dianjurkan oleh 'ARID'; platform untuk para penyelidik dan ilmuwan berbahasa Arab.
Kategori: Berita dan Peristiwa
Pengagihan Bantuan Makanan ke-5 untuk Pelajar MEDIU (Dana Sokongan Bantuan Makanan PKP)
Al-Madinah International University (MEDIU) telah menjalankan aktiviti pengagihan bantuan makanan kepada para pelajarnya di penempatan mahasiswa mahasiswi pada 13 dan 14 April 2020. Bantuan telah diberikan kepada 155 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa kali ini adalah minggu yang kelima sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac 2020.
Kunjungan ke Kedutaan Besar Bahrain
Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan Besar Bahrain, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 11 Mac 2020.
Kunjungan ke Pejabat Liga Muslim Sedunia Malaysia
Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Liga Muslim Sedunia Malaysia di Putrajaya pada hari Selasa, 10 Mac 2020. Dalam lawatan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan bersama khususnya perkara membabitkan kerjasama dakwah dan ilmiah antara Rabitah dan MEDIU.
Memorandum Persefahaman MEDIU- Pertubuhan Al-Khaadem
MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi tempatan. Baru-baru ini, MEDIU menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Pertubuhan Al-Khaadem (https://www.al-khaadem.com.my/) pada hari Isnin, 9 Mac 2020.
Lawatan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada Rabu, 4 Mac 2020 untuk meneroka peluang kerjasama antara MPM dan MEDIU sebagai pusat peperiksaan bagi menjalani The Malaysian University English Test (MUET).
Kunjungan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Al-Madinah International University(MEDIU) melawat pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 4 Mac 2020 yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman.
Sekalung Tahniah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Atas Perlantikan Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8
Pihak pengurusan tertinggi MEDIU dan seluruh kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.