Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian pada hari Jumaat, 17 Jun 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Prof. Madya Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Encik Ahmad Fallatah, Ketua Perhubungan Antarabangsa.
Kategori: Berita dan Peristiwa
Kunjungan ke Pejabat Menteri Pengajian Tinggi
Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad; Menteri Pengajian Tinggi pada hari Selasa, 23 Jun 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman diiringi Pendaftar MEDIU, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff.
Pendaftaran Pelajar Baru Kini Dibuka!
Pendaftaran MEDIU bagi Kemasukan Sesi Julai & September 2020 Kini Dibuka!
Al-Madinah International University (MEDIU) mengalu-alukan para pelajar lepasan STAM, STPM dan SPM atau setaraf untuk melanjutkan pengajian bagi Program Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.
Pengagihan Bantuan Makanan ke-13 untuk Pelajar MEDIU (Dana Bantuan Makanan PKP)
Al-Madinah International University (MEDIU) telah menjalankan aktiviti bantuan pengagihan makanan kali ke-tiga belas kepada para pelajarnya di penempatan mahasiswa mahasiswi pada hari Khamis-Sabtu, 18-20 Jun 2020. Bantuan telah diberikan kepada 166 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa kali ini adalah minggu yang ke-tiga belas sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac 2020.
Siaran Berita: PKPP-Kerelevanan Pengajian Dalam Talian (TV1 20/6/2020)
Sesi Temubual Siaran Langsung di TV1 [Selamat Pagi Malaysia] mengenai " PKPP-Kerelevanan Pengajian Dalam Talian" pada hari Sabtu, 20 Jun 2020 dengan Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Pendaftar MEDIU, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff.
Pengagihan Bantuan Makanan ke-11 untuk Pelajar MEDIU (Dana Bantuan Makanan PKP)
Al-Madinah International University (MEDIU) telah menjalankan aktiviti bantuan pengagihan makanan kali kesepuluh kepada para pelajarnya di penempatan mahasiswa mahasiswi pada hari Selasa, 2 Jun 2020. Bantuan telah diberikan kepada 166 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa kali ini adalah minggu yang ke-sebelas sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac 2020.
Juadah Eidulfitri untuk Pelajar MEDIU
Al-Madinah International University (MEDIU) berkesempatan menyediakan juadah Eidulfitri untuk lima puluh pelajar tempatan dan antarabangsa pada 24 Mei 2020 (1 Syawwal 1441), bagi mereka yang tinggal berhampiran universiti di sekitar kawasan Desa Petaling.
Program edaran ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar MEDIU di bawah pengawasan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr.Bey Zekkoub Abdelali bersama waki-wakil pensyarah universiti.
Video: Pengagihan Bantuan Makanan untuk Pelajar MEDIU semasa PKP & Bulan Ramadhan
Alhamdulillah dan jutaan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang Tabung Sokongan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang bagi membantu dan meringankan beban para pelajar tempatan dan antarabangsa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Iftar Ramadhan 1441H sejak pengagihan bantuan diedarkan sejak kali pertama pada 23 Mac 2020.
Pengagihan Bantuan Makanan ke-10 untuk Pelajar MEDIU (Dana Sokongan Bantuan Makanan PKP)
Al-Madinah International University (MEDIU) telah menjalankan aktiviti bantuan pengagihan makanan kali kesepuluh kepada para pelajarnya di penempatan mahasiswa mahasiswi pada hari Selasa, 19 Mei 2020. Bantuan telah diberikan kepada 169 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa kali ini adalah minggu yang ke-sepuluh sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac 2020.
Pengagihan Bantuan Makanan ke-9 untuk Pelajar MEDIU (Dana Sokongan Bantuan Makanan PKP)
Al-Madinah International University (MEDIU) telah menjalankan aktiviti pengagihan makanan bantuan kali ketiga sempena bulan Ramadhan, kepada para pelajarnya di penempatan mahasiswa mahasiswi pada hari Selasa dan Rabu, 12-13 Mei 2020. Bantuan telah diberikan kepada 173 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa kali ini adalah minggu yang ke-sembilan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada 18 Mac 2020.