fbpx

Kategori: Berita dan Peristiwa

Lawatan oleh Atase Agama Kedutaan Arab Saudi ke MEDIU
Kiriman

Lawatan oleh Atase Agama Kedutaan Arab Saudi ke MEDIU

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menerima kunjungan rasmi oleh Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian, Atase Agama Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 26 Ogos 2020. Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian diiringi oleh wakil kedutaan, Ustaz Ahmad Fazrin bin Yahaya dan disambut oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman di pejabatnya dan menyatakan rasa gembira atas lawatan itu, yang dilakukan dalam rangka kerjasama antara pihak universiti dan pihak kedutaan.

Kunjungan ke Yayasan Waqaf Malaysia
Kiriman

Kunjungan ke Yayasan Waqaf Malaysia

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia di Putrajaya pada hari Isnin, 24 Ogos 2020. Delegasi MEDIU telah diketuai oleh Pengerusi Exco MEDIU, Prof. Dr Ashraf Md Hashim turut disertai Datuk Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod, Ahli Exco MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman, Ketua Eksekutif MEDIU dan Encik Fuad Ahmad Umar Al-As, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan MEDIU.

Kunjungan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kiriman

Kunjungan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Puan Hajjah Hakimah Binti Mohd Yusoff pada hari Jumaat, 7 Ogos 2020.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Dato’ Haji Ahmad Tajuddin, Perunding Pemasaran MEDIU; Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff, Pendaftar MEDIU, Encik Jamaluddin Hussain; Ketua Perhubungan Awam MEDIU dan Encik Ahmad Zakaria Ahmad Faizul, Ketua Jabatan Pengurusan Kampus.

Kunjungan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Kiriman

Kunjungan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail di Putrajaya pada hari Selasa, 4 Ogos 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Prof. Madya Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik; Pendaftar MEDIU, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff dan Ketua Perhubungan Awam MEDIU, Encik Jamaluddin Hussain.

Kunjungan ke Kedutaan Kerajaan Hashemite Jordan
Kiriman

Kunjungan ke Kedutaan Kerajaan Hashemite Jordan

Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Duta, Kedutaan Kerajaan Hashemite Jordan di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 29 Julai 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Encik Ahmad Fallatah, Ketua Perhubungan Antarabangsa.

Kunjungan ke Pejabat Kedutaan Arab Saudi, Malaysia
Kiriman

Kunjungan ke Pejabat Kedutaan Arab Saudi, Malaysia

Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Duta, Tuan Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Kedutaan Arab Saudi, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 28 Julai 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Encik Ahmad Fallatah, Ketua Perhubungan Antarabangsa.

Pengiktirafan Kesetaraan Sijil dari Negara Qatar
Kiriman

Pengiktirafan Kesetaraan Sijil dari Negara Qatar

Dimaklumkan persetujuan dari Jabatan Kesetaraan Akademik Universiti Ijazah di Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi di Negeri Qatar yang diketuai oleh Maryam Ibrahim Muhammad Ismail Al Ziyara telah memaklumkan pengiktirafan kesetaraan sijil MEDIU yang telah diberikan kepada pelajar bernama Muhammad Imran Ali Imran Al-Kuwari, pelajar jurusan Qada' and Siyasah Shariyyah, Fakulti Ilmu Islam pada 12 April 2020.