Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan dan Institut Latihan Islam (IRTI) di Jeddah, Arab Saudi pada hari Selasa, 18 Oktober 2016. Beliau disambut oleh Ketua Pengarah, Professor Azmi Omar dan Pengarah Latihan Jabatan Perkhidmatan Ilmu dan Maklumat, Dr. Ahmed Ibrahim Iskanderani. Prof. Dr. Mohammad Khalifa...
Kategori: Berita dan Peristiwa
MEDIU telah mengambil bahagian dalam Persidangan Antarabangsa Hal Ehwal Wanita di Universiti Al-Azhar, Mesir
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menyertai Persidangan Antarabangsa Hal Ehwal Wanita Kali ke-2, anjuran Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Fakulti Wanita) yang berlangsung di Universiti Al-Azhar, Kaherah di Mesir pada 18-19 Oktober 2016. MEDIU telah diwakili oleh Prof.Madya. Dr. Haji Wan Mat Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik. Persidangan tersebut...
Siswa MEDIU berlepas ke Makkah Wakili Malaysia Ke Pertandingan Hafizan Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Siswa Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Saudara Abdul Wafi Azzaki bin Sinwan telah dipilih bagi mewakili Malaysia di dalam Pertandingan Di Raja Abdul Aziz Bagi Hafazan dan Tafsiran Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali Ke-38 dari 18-30 Oktober 2016 di Makkah, Arab Saudi. Keberangkatan beliau ke Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diraikan oleh Dekan Fakulti...
Sumbangan Naskah Al-Quran untuk SK Morib, Banting
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menyampaikan sumbangan naskah Al-Quran ke Sekolah Kebangsaan Morib di Banting, Selangor pada hari Khamis, 13 Oktober 2016. Mewakili SK Morib ialah Tuan Hj Syafie Muhammad, Pengetua, manakala pihak universiti telah diwakili oleh Encik Mohd. Shahrin Ab Rahman, Ketua Jabatan Pemasaran. Majlis penyerahan sumbangan turut disertai Dato’ Sulaiman Karli, Ketua Bahagian Kuala Langat...
Kunjungan ke Universiti Fatoni, Thailand
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah membuat kunjungan ke Pejabat Rektor Universiti Fatoni di Thailand pada hari Khamis, 13 Oktober 2016. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Abduloh Usof, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat dan disambut oleh Rektor Universiti, Syeikh Dr. Ismail Lutfi Bin Abdul Rahman Japakiya. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara MEDIU dan...
Kunjungan ke Madrasah dan Institusi Islamik di Thailand
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melawat beberapa sekolah dan instititusi Islamik di Thailand pada hari Rabu, 12 Oktober 2016. Lawatan diketuai oleh Encik Abduloh Usof, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat dimana beliau telah berkesempatan mengunjungi antaranya Institut Kerajaan islam Thailand, Institut Samadi, Pusat Kebudayaan Awam dan Madrasah Islah. Lawatan tersebut bertujuan untuk membangunkan hubungan dan mengukuhkan...
Perhimpunan Kakitangan Suku ke 3/2016
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menganjurkan perhimpunan untuk membentangkan pencapaian universiti bagi suku ketiga tahun 2016 pada hari Jumaat, 7 Oktober 2016. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi disertai oleh pihak pengurusan tertinggi dan kakitangan universiti. Pada himpunan tersebut dibentangkan perkembangan dan gerak kerja yang telah terlaksana pada suku...
Kunjungan ke Universiti Prince of Songkla(PSU), Thailand
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melawat Kolej Pengajian Islam, Universiti Prince of Songkla, Thailand pada hari Isnin, 10 Oktober 2016. Lawatan itu diketuai oleh Mr.Abduloh Usof, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat dan disambut oleh Dr.Ali Mahama, Pengurus Pusat Al-Wasatiyah. Kunjungan tersebut bertujuan untuk membangunkan hubungan dan kerjasama diantara kedua-dua universiti, serta memberi makluman akan pencapaian dan...
Kunjungan Dr.Abu Hassan Abdel-Ela Mohammad Haza
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan Dr. Abu Hassan Abdel-Ela Mohammad Haza, seorang Imam dan khatib di beberapa buah masjid di Semenanjung Malaysia pada hari Isnin, 10 Oktober 2016. Tetamu terhormat diiringi oleh Dr. Mohamed Saad al -Tamimi dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya dengan tujuan untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti proses...
Bengkel: Taklimat ‘Outcome-Based Education’
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di bawah Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan sesi bengkel penerangan ‘Outcome-Based Education’ kali kedua pada hari Khamis, 29 eptember 2016. Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Madya. Dr. Syed Ahmad bin Sheikh Aljunid, yang merupakan seorang ahli akademik dari dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel sehari...